Thursday, April 6, 2017

Pengertian Geometer's Sketchpad

Geometer’s Sketchpad (GSP) merupakan sebuah perisian geomteri interaktif yang popular untuk meneroka Geomteri Euclidean, algebra, kalkulus dan bidang-bidang lain dalam matematik. Perisian ini dicipta oleh Nicholas Jackiw.  Kita boleh memanfaatkan pelbagai fungsi dalam perisian GSP ini. Contohnya, kita boleh menggunakan GSP untuk membina bentuk 2 dimensi. Selain itu, GSP menyediakan kemudahan seperti mengira panjang sisi, sudut, luas dan perimeter. Perisian ini akan memudahkan guru terutamanya guru yang mengajar subjek matematik kerana guru boleh mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Para guru boleh melukis pelbagai bentuk seperti bentuk segi tiga dan bentuk segi empat dengan menggunakan GSP semasa mengajar murid untuk mengenali bentuk-bentuk. Murid akan secara tidak langsung mempelajari matematik dengan seronok dan dapat mengingati topik-topik yang dibelajar dengan mudah dan cepat.

Rujukan: Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala
                             Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.


Sekirannya anda berminat untuk mencuba menggunakan perisian Geometer's Sketchpad (GSP), anda boleh melayari laman ini untuk maut turun.


No comments:

Post a Comment