Transformasi merupakan satu cabang di bawah
Geometri. Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan penjelmaan imej-imej di bawah
translasi, putaran, pantulan dan pembesaran. Sebelum GSP diperkenalkan,
guru-guru menggunakan kaedah manual iaitu menggunakan alat-alat geometri,
kertas dan pensel untuk membina imej-imej yang dikehendaki di bawah setiap
jenis transformasi. Kaedah tradisional ini adalah lambat dan adakalanya
pelajar-pelajar tidak dapat melukis dengan baik imej-imej yang dikendaki,
terutama apabila melibatkan putaran kerana ia lebih kompleks berbanding dengan
transformasi yang lain.
Tetapi, dengan menggunakan perisian GSP, pelajar dapat membina imej-imej transformasi dengan lebih cepat, imej-imej yang terbentuk tidak tertakluk kepada bentuk-bentuk poligon sahaja dan imej-imej tersebut boleh diwarnai serta juga boleh diubah kepada bentuk animasi.
Penggunaan GSP memudahkan pelajar memahami
konsep-konsep transformasi dengan jelas tanpa penerangan guru yang mendalam.
Malahan juga, pelajar juga akan mendapati pembelajaran topik “Transformasi”
menjadi lebih seronok dan mendorong mereka untuk menjadi lebih kreatif dengan
mencipta corak-corak tessellation.
- Translasi (Translation):
Translasi: 5 unit ke atas
- Pantulan (Reflection)
- Suatu objek boleh dipantulkan menerusi
satah cermin / paksi pantulan bagi menghasilkan imej.
- Setiap titik imej sama jaraknya dari garis
satah cermin & titik objek sepadan juga sama jaraknya dari satah cermin.
Pantulan pada paksi-y
- Putaran (Rotation)
- Terhasil apabila objek diputarkan melalui
satu titik tetap.
- 3 perkara yang perlu
diingat semasa putaran:
a. Sudut putaran
Cth: satu per dua pusingan =180 darjah ; satu per empat pusingan = 90 darjah ; tiga per empat pusingan = 270 darjah
b. Arah putaran
Cth: ikut arah jam / lawan arah jam
c. Pusat putaran
Titik tetap dari mana objek diputarkan.
Contoh:
Putaran 90 darjah ikut arah lawan jam dari pusat P(-6,4)
- Pembesaran (Dilation)
Pembesaran 2 kali ganda dari pusat asalan
No comments:
Post a Comment