Saturday, April 8, 2017

Belajar Transformasi Menggunakan Perisian GSP

Transformasi merupakan satu cabang di bawah Geometri. Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan penjelmaan imej-imej di bawah translasi, putaran, pantulan dan pembesaran. Sebelum GSP diperkenalkan, guru-guru menggunakan kaedah manual iaitu menggunakan alat-alat geometri, kertas dan pensel untuk membina imej-imej yang dikehendaki di bawah setiap jenis transformasi. Kaedah tradisional ini adalah lambat dan adakalanya pelajar-pelajar tidak dapat melukis dengan baik imej-imej yang dikendaki, terutama apabila melibatkan putaran kerana ia lebih kompleks berbanding dengan transformasi yang lain. 

Tetapi, dengan menggunakan perisian GSP, pelajar dapat membina imej-imej transformasi dengan lebih cepat, imej-imej yang terbentuk tidak tertakluk kepada bentuk-bentuk poligon sahaja dan imej-imej tersebut boleh diwarnai serta juga boleh diubah kepada bentuk animasi.


Penggunaan GSP memudahkan pelajar memahami konsep-konsep transformasi dengan jelas tanpa penerangan guru yang mendalam. Malahan juga, pelajar juga akan mendapati pembelajaran topik “Transformasi” menjadi lebih seronok dan mendorong mereka untuk menjadi lebih kreatif dengan mencipta corak-corak tessellation. 



  •    Translasi (Translation):
Translasi: 5 unit ke atas 


  •    Pantulan (Reflection)

- Suatu objek boleh dipantulkan menerusi satah cermin / paksi pantulan bagi menghasilkan imej.
- Setiap titik imej sama jaraknya dari garis satah cermin & titik objek sepadan juga sama jaraknya dari satah cermin.

Pantulan pada paksi-y 


  •     Putaran (Rotation)

- Terhasil apabila objek diputarkan melalui satu titik tetap.
- 3 perkara yang perlu diingat semasa putaran:
a.  Sudut putaran
Cth: satu per dua pusingan =180 darjah  ;  satu per empat pusingan = 90 darjah ;  tiga per empat pusingan = 270 darjah 
b.  Arah putaran
Cth: ikut arah jam / lawan arah jam
c.   Pusat putaran
Titik tetap dari mana objek diputarkan.

Contoh:

Putaran 90 darjah ikut arah lawan jam dari pusat P(-6,4)


  •    Pembesaran (Dilation)




Pembesaran 2 kali ganda dari pusat asalan 


Geometer’s Sketchpad (GSP)

Satu perisian khusus:
  • Membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain.

  • Memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segi tiga, bulatan, garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi.

  • Membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam bidang algebra, trigonometri dan kalkulus dan ia juga dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan pengukuran dengan cepat. 


  • Digunakan untuk mengajar topik geometri & membantu pelajar menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman konsep geometri, iaitu membuat visualisasi, membuat penerokaan dan penyiasatan , membuat analisis dan membuat deduksi secara informal.

  • Sebagai alat di mana pelajar boleh melihat sendiri cara dan bagaimana sesuatu bentuk geometri dibina dan seterusnya menentukan sifat-sifat geometri.

  • Dilengkapi dengan fungsi menyimpan skrip yang membolehkan pengguna merekod apa-apa yang telah dihasilkan dan mengulanginya secara automatik apabila diperlukan.

Friday, April 7, 2017

Kepentingan Penggunaan Geometer’s Sketchpad

  • Penggunaan GSP selaras dengan saranan KPM yang menggalakkan para pendidik supaya keluar dari kepompong lama pendidikan dan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

  • GSP merupakan satu contoh teknologi berasaskan Matematik yang mudah digunakan dan mampu membantu menyelesaikan masalah Matematik.

  • Satu alat teknologi maklumat  yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran. 
Perisian GSP juga berkesan dalam:
- meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk pembinaan geometri.

- meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar. 

- memastikan pembinaan yang dilakukan adalah tepat dan mudah diperbetulkan sekira terdapat kesilapan atau membuat pembaharuan.

Perisian Geometer’s Sketchpad (GSP)

   



Perisian ini amat mudah dan menarik untuk digunakan, terutamanya bagi subjek Matematik. Ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif.

Tool Bar

Fungsi dalam Tool Bar




Translation Arrow Tool   

  • Memindahkan kedudukan objek / mengklik objek yang diberi perlakuan.



Rotation Arrow Tool

  • Memutarkan objek secara manual iaitu dengan menggerakkan kursor.


 Dilation Arrow Tool

  • Mendilatasi objek secara manual iaitu dengan menggerakkan kursor


Point Tool
  • Membuat titik.


Compass Tool
  • Membuat lingkaran.







Segment Straightedge Tool

  • Membuat ruas garis. 



Ray Straightedge Tool

  • Membuat sinar garis pada satu sisi. 



Line Straightedge Tool

  • Membuat garis.


Text Tool
  • Memberikan nama pada suatu objek.



 Custom Tool
  • Membuat tool. 








Fungsi Dalam Menu Bar
(i)            File


  • New Sketch

- Membuat lembar kerja baharu.
  • Document Options

- Menambah halaman pada satu lembar kerja, mengubah nama halaman & menghapuskan halaman.

(iI)            Edit



  • Paste Picture

- Menampilkan gambar yang telah “copy” di luar lembar kerja GSP.

  • Action Button 




a.    Hide / Show
- Menyembunyikan & menampilkan objek yang diklik.
b.    Link
- Menghubungkan antara halaman kerja.


(iii)            Display 

  • Hide objects / Hide points

- Menyembunyikan semua objek / titik yang dipilih.
  • Show All Hidden

- Menampilkan semula semua objek / titik yang telah disembunyikan.
  • Animate

- Menampilkan jejak gerakan objek / titik.
  • Increase and Decrease speed

- Mengatur kecepatan gerakan objek / titik.
  • Stop Animation  


- Menghentikan gerakan objek / titik.
  • Hide text palette


- Menyembunyikan sort menu warna dan ukuran yang ada di bawah lembar kerja GSP. 




  • Show Motion Controller

- Menampilkan menu Animate.

  • Hide Toolbox

- Menyembunyikan tool bar.

(iv)            Construct
  • Points on objects

- Membangunkan sebarang titik pada objek.
  • Midpoint

- Membangunkan titik tengah pada objek.                                     
  • Intersection

- Menentukan titik potong pada dua objek.
  • Segment

- Membuat garis yang dibentuk dari satu titik.
  • Ray

- Membuat sinar garis dari dua titik yang diawali dari titik yang pertama kali diklik melalui titik kedua.
  • Line

- Membuat garis yang pada dua titik yang telah dipilih.

  • Parallel Line 

- Membuat garis yang sejajar dari titik yang dipilih terhadap satu garis objek yang dipilih.

  • Perpendicular Line

- Membuat garis yang tegak lurus dari titik yang dipilih terhadap satu garis objek yang dipilih.

  • Angle Bisector

- Membuat garis, tetapi perlu memilih tiga titik sudut terlebih dahulu, kemudian klik submenu ini. 


  • Circle by Center + Point

- Menggambarkan lingkaran yang telah dipilih dua titik di mana titik yang pertama diklik sebagai titik pusat dan titik yang lain sebagai titik pada sisi lingkaran. 

  • Circle by Center + Radius

- Menggambarkan lingkaran yang sebelumnya telah dipilih titik sebagai titik pusat dan ruas garis sebagai jejari lingkaran. 

  • Arc Through 3 Points

- Membuat garis yang dibentuk dari titik yang dipilih terhadap satu garis objek yang dipilih.  
  • Interior

- Membuat daerah luas yang dibatasi oleh titik-titik yang telah dipilih sebelumnya.  

(v)            Transform



  • Mark Center, Mark Mirror, Mark Angle, Mark Ratio, Mark Vector, Mark Distance

- Submenu untuk menentukan objek ketika objek tersebut ditransformasikan. 
  • Translate

- Membentuk imej yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama dengan objek yang dipilih.
  • Rotate

- Membentuk bayangan dari objek yang dipilih dengan memutarkan objek bayangan.
  • Dilate

- Memebentuk imej dari objek yang dipilih berdasarkan nisbah dari titik jarak. 
  • Reflect

- Menampilkan bayangan dari objek yang dipilih dengan menggunakan konsep cermin. 


(vi)            Measure 

  •  Length

- Menentukan ukuran panjang dari ruas garis yang telah dipilih. 
  • Distance

- Menentukan jarak dari titik yang telah dipilih.
  • Perimeter

- Menentukan sekeliling dari daerah luas yang dipilih. 
  • Angle

- Menentukan besarnya sudut dari tiga titik yang telah dipilih.
  • Area

- Menentukan luas dari bidang interior yang telah dipilih.
  • Coordinates

- Menampilkan koordinat.
  • Abscissa

- Menampilkan tempat kedudukan titik absis dari titik yang dipilih. 
  • Ordinates

- Menampilkan tempat kedudukan ordinat dari tiitk yang dipilih.
  • Slope

- Mengetahui kemiringan dari garis.
  • Equation

- Menampilkan persamaan dari suatu kurva yang dipilih.


(vii)            Graph

  • Grid Form 

- Menampilkan koordinat dalam bentuk kartesius.
  • Show Grid 

- Menampilkan koordinat disertai pemetaannya dalam bentuk garis.
  • Plot Points

- Membuat titik-titik pada koordinat.
  • Plot New Function

- Membuat persamaan fungsi berserta grafiknya.